“Aduhai si Wafa ni, kecil-kecil lagi dah pandai melawan. Bila kita bercakap dengan dia boleh buat tak layan saja. Bila kita ulang, dia membentak pula. Apa cara melembutkan hati anak ni ya?”

 

 

Memang lumrah anak-anak kecil bersikap aktif dan cergas. Mereka juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, suka meneroka, cepat bosan dan berani mencuba perkara baru.

 

 

Semangat ini memang sepatutnya dipunyai oleh setiap anak untuk membantu mereka mengenal dunia. Namun, adakalanya sikap ini boleh menjadikan mereka kurang fokus terhadap percakapan dan arahan kita.

 

 

Sebenarnya, ada teknik tertentu yang boleh anda amalkan agar anak anda betul-betul mendengar percakapan anda. Ia terbukti berkesan dari sudut psikologi dan sains. Cubalah!

 

 

 

 

 

5 CARA MELEMBUTKAN HATI ANAK TANPA PERLU MENJERIT

 

Berikut adalah 5 cara melembutkan hati anak anda yang agak degil atau selalu memberontak.

 

 

 

1. PANGGIL NAMA MEREKA DENGAN INTONASI YANG LEMBUT

 

 

Intonasi memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Ini kerana, sebelum anak anda dapat memahami perkataan, mereka terlebih dahulu memahami intonasi dan amat sensitif terhadap perasaan anda.

 

 

Sebab itulah bayi boleh ‘mencebik’ atau menangis apabila kita bergurau dengan berpura-pura memarahi mereka.

 

 

Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka buat kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak untuk hanya bertindak terhadap jeritan anda.

 

 

Ini kerana, anak anda menganggap anda tak serius dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu.

 

 

 

2. BERI PERHATIAN PADA APA YANG SEDANG MEREKA LAKUKAN

 

 

Ada masanya, mungkin anak-anak tadi tak bermaksud untuk melengahkan apa yang anda arahkan. Sebaliknya, barangkali mereka rasa tidak didengari.

 

 

Contohnya, apabila anak balik tadika / sekolah, kita terus suruh mereka mandi tanpa sepatah perbualan atau pertanyaan bersama mereka.

 

 

Padahal, mungkin mereka melalui hari yang sukar dan amat meletihkan di sekolah tadi. Secara tidak langsung kita mengabaikan perasaan mereka.

 

 

Sebagai manusia biasa, mesti kita juga akan sedih dan kecewa apabila rasa kehadiran ini tidak dihargai. Jadi, cubalah beri perhatian terhadap apa yang sedang / telah dilakukan oleh anak sebelum anda mahukan mereka mendengar cakap anda.

 

 

>> Boleh belajar bagaimana cara mudah mengawal emosi kita sebagai ibu ayah dan anak di sini >>>

 

 

 

3. ELAK AYAT NEGATIF

 

 

Antara ayat negatif yang selalu disebut oleh ibu bapa adalah perkataan ‘jangan’ atau ‘tak boleh’. Menurut Noraini Ahmad, penulis buku Kaunseling Kekeluargaan, perkataan ‘jangan’ ini bukan saja menutup ruang untuk berinteraksi, tetapi juga mengundang negativiti pada perkataan seterusnya.

 

 

Contohnya: “Jangan malas.” Kadangkala, anak yang rajin pun boleh menjadi sebaliknya kerana tertekan dan bosan apabila dilabel ‘malas’.

 

 

Cuba bandingkan pula ayat “Jangan berbohong” dengan “Cuba beritahu ibu apa yang sebenarnya berlaku tadi”. Ada perbezaannya bukan?

 

 

 

4. BERI ARAHAN DENGAN JELAS

 

 

Kadangkala, anak-anak tidak bermaksud untuk memberontak atau melawan cakap anda. Tetapi, mungkin kapasiti otak mereka masih belum dapat memproses maklumat tersebut dengan baik.

 

 

Dari segi sainsnya, anak-anak ini sedang membina sebahagian daripada otak mereka yang dikenali sebagai ‘frontal cortex’. 

 

 

Bahagian akan saling bertukar fungsi untuk memproses maklumat dalam membantunya memilih apa yang mereka mahukan dan apa yang anda mahukan.

 

 

Maka, bantulah mereka dengan memberi arahan yang mudah dan ringkas. Berikan pilihan atau alternatif sekiranya ia terlalu sukar. 

 

 

Tetapkan ‘deadline’ supaya lebih mudah mereka memahami kemahuan anda.

 

 

Contohnya: “Iman, pergi mandi dalam masa 10 minit. Kita akan makan malam sekejap lagi.”

 

 

Disiplin ini dilatih apabila mereka melalui proses membuat pilihan. Mereka perlu memilih apa yang lebih baik untuk dicapai dalam jangka masa panjang – iaitu nasihat atau permintaan anda berbanding perkara yang dilakukan oleh mereka.

 

 

Menurut Psychology Today, proses ini hanya akan berlaku apabila anak-anak melakukan sesuatu yang kita suruh DENGAN RELA.

 

 

Oleh itu, sekiranya mereka melakukan sesuatu secara terpaksa, bergaduh, menjerit dan menendang – proses latihan tadi tidak dapat berlaku.

 

 

 

5. SENTIASA MENDOAKAN ANAK

 

 

Selain memperbaiki komunikasi dan hubungan dengan anak, kita juga perlu memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan diri sendiri.

 

 

Dengan cara ini, kita boleh melihat sesuatu dari sudut pandangan yang lebih positif setiap hari.

 

 

Jangan lupa mendoakan kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat kerana doa seorang ibu sangat mustajab! Ini antara doa / zikir yang boleh anda bacakan untuk anak:

 

 

 

 

Surah As-Syuura Ayat 19: “Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

 

 

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

 

 

Boleh juga amalkan ini >> 3 Amalan Ringkas Supaya Anak Mendengar Kata 

 

 

 

TEGAS DALAM BERKASIH SAYANG

 

 

Setiap tindakan ini memerlukan masa untuk dipraktikkan dengan berkesan.

 

 

Oleh itu, lakukanlah pelbagai cara melembutkan hati anak dengan sabar dan konsisten.

 

 

Selari dengan konsep didikan Umar al Khattab, iaitu : “Tegas tanpa menampakkan kekerasan dan lembut tanpa menunjukkan kelemahan”.

 

 

Mudah-mudahan, sikap istiqamah ini dapat membuka pintu hati anak kita suatu hari nanti.

 

 

Sumber: SirapLimau.com

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

5 Cara Psikologi Buat Anak Dengar Cakap Tanpa Perlu Menjerit
17 February 2019
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian

DAPATKAN DI SINI >>