#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Amalkan Doa Ini 100x Selepas Solat Dhuha Seperti Diamalkan Rasulullah SAW

Ramai di antara kita, melakukan solat sunat dhuha dengan pengharapan agar Allah memberikan rezeki kepada kita sebanyak-banyaknya.

 

 

Rupanya ada doa, yang Rasulullah SAW baca sebaik baginda rasul selesai melakukan solat sunat dhuha.

 

 

Amalan inilah yang kelak memastikan rezeki mengalir lancar.

 

 

Inilah yang dikongsikan oleh Puan Pidah Buyar yang membetulkan perkaitan solat dhuha, rezeki dan diri kita sebagai penerima rezeki.

 

 

 

 

 

Inilah Doa Yang Rasulullah SAW Baca Sebaik Selesai Solat Dhuha

 

 

Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki.

 

 

Itu yang sering dilakukan…

 

Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?

 

 

 

Apa doanya?

 

 

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:

 

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

 

ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..

 

 

(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) – sampai beliau membacanya seratus kali.

 

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)

 

 

Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.

 

 

 

Bukan Rezeki Tidak Datang…

 

 

Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?

 

 

Kata orang solat Dhuha untuk memperlancar rezeki.

 

 

Jadi begini…

 

 

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.

 

 

Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

 

 

Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??

 

 

Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.

 

 

>> Klik sini untuk dapatkan workbook 100 Hari Amalan Magnet Rezeki >>>

 

 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

 

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”

 

(HR. Muslim no. 1893).

 

 

Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat.

 

Dan Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.

 

Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Sumber : Keluarga

 

 

PERCUMA : klik untuk muat turun >>

 

 

* * * * * * * *

 

 

 

12 February 2019
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian