#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli.

 

Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan.

 

‍‍‍‍‍Yang saya nak cerita hari ni tentang Hidup Dalam Keberlimpahan.

 

‍‍‍‍‍‍Allah Maha Adil, Allah dah sediakan segala apa yang kita perlukan tu berlimpah ruah di sekeliling kita. Untuk semua orang.

 

Semuanya, rumah, kereta, pasangan, wang, potensi diri, emas dll.

 

Cuma ia bukanlah di dimensi fizikal yang kita boleh nampak dan pegang. Ia tersedia di dimensi quantum.

 

‍‍‍‍‍‍Namun, kita semua ada peluang untuk wujudkan semua yang kita nak tu di dimensi fizikal, di alam nyata kita ni.

‍‍‍‍‍‍

 

Semua orang ada peluang yang sama. Seperti kita search sesuatu di google. Katakan kita taip "duit". Dalam masa sama ribuan orang taip "duit" juga di google.

 

Semua orang akan dapat result yang sama. Tak pernah lagi google kata "Harap maaf, kuota carian "duit" sudah habis" 😆

 

 

‍‍‍‍‍Maksudnya di sini, apa saja yang kita inginkan tu takkan pernah habis. Bila kita dapatkan sesuatu, kita takkan perlu ganggu hak orang lain pun.

 

‍‍‍‍‍‍Semuanya cukup! Malah berlimpah ruah.

 

"... dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS 53 - An-Najm : 48).

 

 

‍‍‍‍‍‍Jadi mulai hari ni kita kena mula rasakan, kita hidup ni dalam keberlimpahan.

Tiada yang Allah ciptakan miskin, hanya KAYA & CUKUP.

 

‍‍‍‍‍‍Persoalannya, bagaimana kita nak wujudkan keberlimpahan dan apa yang kita nak tu di dimensi fizikal?

 

 

BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.

 

 

‍‍‍‍‍‍Ilmu ni sampai pada kita pasti bersebab. Saya pun sebelum ni pernah baca tentang perkara ni, tapi tak jelas & tak tahu nak terang macam mana. Lepas baca dan dengar live dari Tuan Afnan Rosli, alhamdulillah lebih mudah faham. So saya share lah.

 

 

‍‍‍‍‍‍Ok kita mula.

 

 

‍‍‍‍‍‍Sebelum ni kan kita dah tahu, hidup kita ni penuh keberlimpahan. Apa yang kita nak semua dah ada (di dimensi quantum), kita hanya perlukan access untuk dapat benda tu dan wujudkan di dimensi fizikal.

 

 

‍‍‍‍‍‍Kalau semua orang faham benda ni, dah takda isu dengki mendengki, sihir menyihir dan menjatuhkan orang lain. Sebab kita boleh dapat semua yang kita nak, dengan izin Allah pastinya.

 

Dan kita tak perlu pun usik hak orang lain untuk dapat apa yang kita nak, sebab dunia ni penuh keberlimpahan. Semua cukup, semua boleh dapat.

 

 

‍‍‍‍‍‍Jadi, bagaimana nak access keberlimpahan itu?

 

 

‍‍‍‍‍‍Sebenarnya, setiap apa yang kita mahukan itu, berada pada frekuensi tertentu. Dan kita kena samakan frekuensi diri kita dengan frekuensi benda yang kita nak.

 

 

Setiap kemewahan, kekayaan, emas permata, kebahagiaan, kejayaan dan semua perkara yang positif tu berada pada frekuensi yang tinggi. Sebaliknya kekecewaan, sedih, sempit semua tu ada pada frekuensi rendah.

 

 

‍‍‍‍‍‍Kalau kita pancarkan frekuensi yang tinggi, kita akan dapat access ke kekakayaan, kejayaan dan semua yang kita nak tadi.

 

 

Kalau kita sendiri berada pada frekuensi rendah, selalu sedih, kecewa, down tak ketahuan hala 😬, sebenarnya kita sedang menarik lebih banyak kekecewaan, kesedihan, kesempitan dalam hidup kita.

 

 

‍‍‍‍‍‍Contoh:

 

Setiap stesen radio kan ada frekuensi tertentu, kita kena tune radio kita tu sampai tepat ke frekuensi stesen radio yang kita nak, baru dapat dengar dengan jelas.

 

 

Begitu juga cara kita nak capai apa yang kita nak dalam hidup. Kena tune diri kita, pacu diri kita ke frekuensi yang tepat.

 

 

Sekali lagi jangan risau, semua orang boleh tune ke frekuensi yang sama dalam satu masa. Tiada had!

 

 

‍‍‍‍‍‍Jadi, macam mana pula kita nak tune diri kita supaya sama frekuensi dengan apa yang kita nak tu?

 

 

Nak tahu sambungannya? Hehe..

 

Baca di sini : BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN - Part 2

APA SAJA YANG KITA NAK, SEMUA DAH ADA

27 June 2019
23 October 2019
Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati. Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik,
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki