#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Jemput baca part 1 di sini << ..

 

 

BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN. 

 

 

Maaf ya lambat sambungannya. Ramai juga menunggu ya, di FB dan whatsapp. Hehe

 

 

Saya share ni bukan sebab pandai sangat, tapi sebab saya sendiri pun sedang belajar memahami perkara ni lebih mendalam.

 

 

Apa yang saya faham, saya share dulu, moga Allah tambahkan lagi kefahaman kita semua dengan ilmu² yang bermanfaat.

 

 

‍‍‍‍‍‍Ok sambung..

 

 

‍‍‍‍‍‍Bagaimana kita nak tune diri kita supaya sama frekuensi dengan apa yang kita nak.

 

 

Dalam fasa ni kita perlu selarikan mind, body & soul.

 

 

Kesilapan yang selalu kita buat, tadah tangan, doa di mulut, "Ya Allah kurniakan aku rezeki melimpah ruah.. "

 

Tapi dalam hati.. " adoi boleh ka ni, hutang aku banyak gila nak mampuih. " 😬

 

 

‍‍‍‍‍‍Yang dalam hati, apa yang kita RASA tu lah yang akan makbul. Siapa yang sempat tengok live Tuan Afnan tentang FEELING ARE PRAYERS mesti jelas tentang ni.

 

 

‍‍‍‍‍‍Sebab tu dalam islam ada larangan mengumpat. Bercakap hal yang buruk tentang orang lain. Bila mengumpat kan nak kena ada feel.

 

 

Ada ka orang mengumpat takda feel, mengumpat macam baca berita? 😬

 

 

Tak kan.. Mengumpat kena ada feel, selari betul mind body & soul. Siap dengan gaya. Hehe..

‍‍‍‍‍‍

 

Apa yang terjadi, hal yang kita umpatkan tu akan berbalik pada kita. Sebab itu adalah doa kita sebenarnya, tanpa kita sedar.

 

 

‍‍‍‍‍‍Berbalik pada cara nak selarikan frekuensi diri dengan impian kita tadi, saya nak share 4 komponen yang Tn Afnan pernah kongsikan di wall beliau.

 

 

‍‍‍‍‍‍1. CLEAR INTENTION

 

Kena jelas dengan apa yang kita nak. Sejelasnya.

 

 

2. FEELING

 

Hati kena tenang, penuh dengan kesyukuran, gembira, positif.

 

 

Latih diri kita untuk sentiasa bersyukur, sebab Allah hadirkan kita dalam dunia yang penuh kelimpahan ni. Apa yang kita nak, dengan mudah Allah boleh beri.

 

 

Saya tertarik dalam sharing Tuan Afnan dia sebut, Allah nak bagi kita rm2 dengan rm2 juta, sama senang je.

Bak kata ustaz-ustaz semudah Kun Fayakun. Yakin tu.

 

 

Kemudian, letakkan emosi yang dalam atas setiap kemahuan kita tadi. Rasakan dan libatkan semua panca indera kita.

 

 

‍‍‍‍‍‍Contoh:

 

Kita nak sangat pergi umrah, rasakan bagaimana bersyukurnya kita waktu tu, rasakan mata kita dah nampak kaabah, bagaimana emosi kita berdoa depan Kaabah, bagaimana kaki kita rasa dingin ketika memijak lantai Masjidil Haram, telinga yang mendengar azan di sana dll.

 

Gunakan kesemua deria yang kita ada.

 

 

‍‍‍‍‍‍P/s: Cuba scroll FB Tuan Afnan Rosli, ada sis tu teringin nak menunaikan umrah, tetiba dapat cabutan bertuah pakej umrah! 😍

 

 

3. TRUST

 

Letakkan keyakinan penuh pada Allah. Tawakal.

 

 

Dalam surah Ali Imran ayat 159 ada menyebut..

 

"... Apabila kamu membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah ..."

 

Allah sebut tawakal terus, Allah tak sebut kena usaha dulu ke apa.

 

 

4. FLOW

 

Biarkan energy kita flow dengan lancar tanpa ada blockage seperti dendam, sakit hati, ketakutan dll perkara negatif.

 

 

‍‍‍‍‍‍Gunakan formula ni ketika berdoa. Dan kena ingat, doa bukan sekadar di tikar sejadah. Setiap saat dalam hidup kita adalah ibarat doa.

 

 

Setiap perlakuan kita, percakapan, penulisan, lintasan hati, RASA akan menentukan frekuensi dan getaran apa yang kita keluarkan.

 

 

Dan kita sedang terus menerus memancarkan dan menarik frekuensi tu ke dalam hidup kita.

 

 

Kalau energi dan frekuensi tinggi yang kita pancarkan, maka kita akan sentiasa menarik hal-hal positif dalam hidup kita.

 

 

Dan begitu jugalah sebaliknya.

 

Dapat sesuatu?

 

Boleh kongsikan artikel ini ya. 

 

 

APA YANG KITA NAK, SEMUA DAH ADA - Part 2

30 June 2019
23 October 2019
Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati. Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik,
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki