#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Bismillah..

 

Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian dalam hidup supaya ujian tersebut terasa ringan.

 

 

Sebenarnya, beratnya sesuatu ujian tu bergantung pada bagaimana cara kita menyikapinya.

 

 

Cuba fikirkan ya..

 

Ada orang, hutangnya cecah ratusan ribu, tapi masih tenang dan terus usaha tanpa ada rasa putus asa.

 

Ada orang, hutangnya hanya Rm30 ribu, tapi galaunya luar biasa. Hehe. Mula putus rasa, rasa kesempitan, gundah gulana. Terasa dunia dah gelap gelita.

 

 

>> Boleh klik sini untuk belajar cara menjadi magnet rezeki yang berkesan.

 

 

 

 

Ada satu kisah diceritakan dalam buku yang saya baca tadi. Seorang guru memegang segelas air, ringan saja airnya, tiada masalah bagi guru tersebut.

 

 

Lalu beliau bertanya pada anak muridnya, apa terjadi jika saya pegang selama 1 minit.

 

Murid jawab, tangan akan lenguh.

 

 

Kalau dipegang selama 1 jam? Atau seharian hingga esoknya?

 

Anak murid jawab, tangan guru akan sakit, kekejangan dan mungkin alami kecederaan.

 

 

Guru bertanya, jadi apakah penyebab kesakitan itu? Adakah kerana air itu berat?

 

Murid menjawab..

 

Tidak.. Kesakitan itu adalah akibat dari memegang gelas air terlalu lama.

 

 

 

Begitu juga dengan ujian yang kita alami. Jika kita memegang dan melekat dengan sesuatu ujian tu terlalu lama, layan perasaan, mengeluh, rasa macam berat sangat ujian tu, lama-kelamaan ujian tu akan merosakkan diri kita sendiri.

 

 

Sebab tu kita kena belajar menerima dengan hati yang lapang, sabar dan berbalik pada Allah.

 

 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

 

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

 

(Surah Al-Baqarah 155-156)

 

 

 

Setiap ujian tu adalah batu loncatan untuk kita jadi hamba yang lebih baik. Seperti yang ditulis dalam buku tersebut, ujian adalah sarana dalam mempertingkatkan iman dan taqwa kita pada Allah Taala.

 

 

 

Kenapa Kena Berlapang Dada Terhadap Ujian?

 

 

Menarik sangat analogi yang penulis kongsikan, saya nak share semula dalam bahasa saya sendiri kat sini ya.. :)

 

 

Sesuatu masalah tu nampak besar hanya disebabkan kesempitan yang melanda hati kita.

 

 

Analoginya begini…

 

 

Bayangkan, jika anda seorang yang takut lipas, apatah lagi lipas terbang. Huhu..

 

 

Kalau anda nampak lipas tu ketika berada dalam dewan yang besar, mesti tak rasa takut sangat kan, sebab masih ada ruang untuk larikan diri dari ancaman lipas tu.

 

 

Sekarang cuba bayangkan anda berada dalam bilik sempit, dalam tandas contohnya. Tiba-tiba ada lipas terbang, agak-agak apa yang terjadi dalam tandas tu?

 

 

Kesimpulannya besar atau kecil sesuatu masalah tu bergantung pada seberapa lapangnya hati kita menghadapinya.

 

 

Jika kita hadapinya dengan hati yang sempit, ujian yang kecil pun akan terasa besar.

 

 

 

Bagaimana Nak Melatih Kelapangan Hati Dalam Menerima Ujian?

 

 

 

Saya nak kongsikan satu affirmasi / doa yang dapat melatih kita menerima sesuatu ujian dengan penuh rasa syukur dan tenang.

 

 

Letakkan tangan kanan di dada, sebutkan berulangkali hingga rasa tenang..

 

 

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku bersyukur dan aku redha dengan segala ujian yang KAU aturkan buatku. Aku sedar ujian (sebut ujian yang dihadapi) ini adalah dariMU untuk kebaikanku dalam menjadi hambaMU yang lebih baik.

 

Engkaulah Yang Maha Mengetahui, aku hambaMu yang lemah dan tiada daya. Aku serahkan segala urusanku padaMu Ya Allah..”

 

 

Boleh sebut setiap kali rasa sedih, risau, galau dengan masalah yang dihadapi. Sebut dan hayati dengan hati yang paling dalam hingga betul-betul rasa tenang ok.

 

 

Mudah-mudahan Allah kurniakan kita hati yang lapang dan mendapat hikmah yang besar dari setiap ujian yang Allah hadirkan dalam hidup kita.

 

 

Dapat sesuatu?

 

 

Bantu saya share artikel ni ok. Terima kasih.

Bagaimana Cara Untuk Membuatkan Ujian Terasa Ringan

17 June 2019
23 October 2019
Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati. Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik,
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki