Bungkusan Rezeki

Semalam ada dengar satu audio magnet rezeki. Audionya dalam bahasa indonesia.

 

Dahsyat juga kupasannya, saya belum pernah dengar sebelum ni. InsyaAllah, saya kongsikan perkara yang saya faham dari audio itu ya.

 

Kata ustaz Nasrullah, rezeki itu mesti datang bersama bungkusannya. Bungkusan tu ibarat ujian.

 

Namun, apa yang terjadi, kita selalu menolak ujian, kita nak rezeki sahaja. Bila kita menolak ujian bermakna kita menolak rezeki yang datang bersekali dengannya.

 

Contoh yang beliau beri,

 

Ada posmen datang rumah kita bersama bungkusan. Nama dan alamat dah betul, namun kita menolak plastik bungkusan, kita minta posmen tu buka plastik tu, kita berkeras nak barang dalam tu saja. Kalo tak buka, takmo sign.. 

 

Agak-agak posmen tu buat apa?Mesti dia pun berlalu pergi kan, dah prosedurnya begitu. Apahal budak ni, nak barang saja, nak suruh buka plastik bungkusan dulu, gilo ke apo, posmen tu cakap dalam hati. (Ni saya tambah perisa. Hehe)

 

Macam tu la ibaratnya kita ni. Allah datangkan ujian, kita taknak, kita tak redha, tak bersyukur.

 

Hujan turun, kita merungut sebab baru ja sidai baju.Bila sakit, kita mengeluh, merungut.Bila gagal, kita putus asa, marah.

 

Padahal, bersama setiap ujian tu Allah dah sediakan rezeki yang bakal menyusul.

 

Ingat janji Allah?Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.

 

Dah berapa kali kita tolak rezeki hari ni? Huhu

.

 

Nukilan,

Syakirah Kapli

Telegram.me/tipmagnetrezeki

 

04 June 2018

 

 

 

 

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK