#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati.

 

Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik, tak nyenyak dan selalu bawa segunung masalah ketika tidur.

 

Jadi Coach Zie ada ajarkan step untuk dapatkan tidur yang baik.

 

 

‍‍‍‍‍‍1. Macam biasa sebaiknya sebelum tidur ambil wudhuk dan solat taubat.

 

 

‍‍‍‍‍‍2. Mohon maaf pada pasangan.

 

Jika ada yang merajuk² manja tu sila sambung esok saja. 😅

 

 

 

3. Maafkan semua orang.

 

Jika ada isu dengan sesiapa, sebut nama secara spesifik.

 

Ya Allah, aku maafkan semua orang / aku maafkan si A dan si B sebab ...

 

Moga dengan asbab aku maafkan mereka ni, mereka juga terbuka hati untuk maafkan aku.

 

Kadangkala kita rasa orang lain salah, dan kita sudi maafkan kononnya, tapi tak sedar sebenarnya kita yang patut dapat kemaafan dari orang lain. Huhu

 

Bila orang tergerak hati maafkan kita, insyaAllah rezeki kita akan lancar dan hati akan tenang.

 

 

4. Syukuri 7 nikmat atau lebih.

 

Sebut satu-satu nikmat yang kita dapat dan syukuri. 

 

 

‍‍‍‍‍‍5. Jika ada yang berhutang dengan kita, niatkan Ya Allah, aku redha dan halalkan hutang si C pada aku jika dia tak dapat bayar.

 

Kata coach, kalau kita asyik fikir dan rasa tak best pada orang yang berhutang, rezekinya jadi sempit dan sukar nak bayar hutang kita.

Bila kita redha dan niat halalkan jika dia tak mampu, hati kita dan hati orang yang berhutang dengan kita pun akan tenang dan dibuka pintu rezekinya.

 

InsyaAllah dia akan mampu bayar hutang kita. Bila dia bayar, ambillah jangan tak ambil pulak. Hehe

 

Jika dia tak mampu bayar pun, insyaAllah Allah gantikan yang lebih baik untuk kita sebab kita dah redha dan berserah pada Allah.

 

 

‍‍‍‍6. Mohon ampun dari Allah atas segala dosa kita hari ni dan niatkan untuk perbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik di hari esok.

 

 

 

7. Formula TerSenyuM

 

T - Terima : Ya Allah aku terima apa jua yang berlaku sepanjang hari ini.

 

S - Serah : Ya Allah aku serahkan pada Allah segala urusanku pada hari ni dan hari mendatang.

 

M - Minta : Ya Allah aku mohon ... (hajat kita)

 

 

8. Mengucap dan tidur..

 

Sesungguhnya ketenangan sebenar adalah bila kita sentiasa bersama Allah.

 

Hati yang tenang menjemput keberlimpahan rezeki insyaAllah.

 

‍‍‍‍‍‍Dapat sesuatu? Jom la amalkan.

 

Boleh share supaya ramai lagi dapat amalkan dan tenang sama-sama. 😄

 

 

‍‍‍‍‍Boleh tekan butang share di bawah supaya lebih ramai dapat amalkan dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

 

Moga jadi asbab kebaikan untuk semua.

 

 
Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak.
 
Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.
 
 
P/s: Jika nak dalami banyak lagi ilmu rezeki, jom sama-sama saya dalam group VIP RMR untuk belajar Magnet Rezeki Cara Allah :
 
 
 
 
 
 
Lagi satu.. Jika anda nak tambah pendapatan melalui program e-Rezeki, boleh mendaftar di sini secara PERCUMA je sekarang. Klik DAFTAR dan whatsapp saya di sini >> whatsapp untuk saya masukkan ke support group.
 
 
 
 
ARTIKEL BERKAITAN:
 
 
 
 
 

Cara Dapat Ketenangan Hati, Buat 8 Perkara Ni Sebelum Tidur

23 October 2019
23 October 2019
Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati. Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik,
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki