#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Zaman yang penuh mencabar ni, nak didik anak pun perlu ada kesabaran yang tinggi. Terutama anak lelaki. Besar tanggungjawab kita untuk mendidik anak yang bakal menjadi pemimpin buat keluarga.

 

 

Sebab tu, dalam mendidik anak ni, ilmu juga penting. Kena rajin-rajin cari ilmu parenting agar kita mampu didik anak sebaiknya.

 

 

Baru-baru ni, Dr Taufiq Razif ada kongsikan di facebook beliau tentang 5 perkara yang perlu kita terapkan pada anak lelaki sebelum mereka menginjak usia remaja.

 

 

Jemput baca perkongsian beliau...

 

 

Baru Didik Anak lelaki #5 Benda Ini Sebelum Usia Remaja

 

 

#1 - Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

 

 

 

#2 - Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya.

 

 

#3 - Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri  .

 

 

#4 - Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan.

 

 

 

 

#5 - Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya.

 

 

>> Klik sini untuk dapatkan lebih banyak tips dan formula berkesan dalam mendidik anak dari Dr Taufiq Razif.

 

Didik Anak lelaki 5 Benda Ini Sebelum Usia Remaja - Dr Taufiq Razif

16 June 2019
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai juga menunggu ya, di FB dan whatsapp. Hehe Saya share
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak cerita hari ni tentang Hidup Dalam Keberlimpahan. ‍‍‍‍‍‍Allah Maha Adil,
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian dalam hidup supaya ujian tersebut terasa ringan. Sebenarnya, beratnya sesuatu

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki