Doa Jadi Dosa

Sedang baca buku keajaiban 1000 dinar tulisan Ust Miftahur Rahman.

 


Ada satu sub tajuk tu tentang doa yang kadangkala jadi dosa.

 


Bagaimana?

Doa jadi dosa bila, kita berdoa dalam masa sama mengecam Tuhan dalam doa.

 


Contohnya..

 


Ya Allah, saya dah doa, kenapa belum dikabulkan Ya Allah.


Saya dah tahajud, kenapa masih begini begini. Saya sudah sedekah Ya Allah, tapi rezeki belum bertambah..


Ya Allah, kenapa Allah tak sayang saya..

 

Kenapa Allah tak bantu saya..


Dan macam-macam bentuk kecaman yang dilontarkan ketika berdoa.

 



Terus teringat beberapa hari lepas, baca buku mini Rahsia Asas Rezeki, Pn Nora pun ada menyentuh hal yang sama.


Kita sibuk tanya Allah, apa dosaku Ya Allah, apa salahku, doaku tak terkabul, rezekiku sempit.

 

 

Sibuk bertanya sampai lupa nak bertaubat.


Tak salah kita bertanya pada Allah, apa dosa kita yang menghalang kita dari hidup bahagia, namun niat pertanyaan tu mesti lah nak bertaubat, nak berubah, minta Allah tunjukkan jalan, bukan dengan niat mengecam dan menidakkan takdir Allah pada kita.

 


Hakikat yang kena terima adalah kita sememangnya hamba yang berdosa, dan Allah sentiasa buka pintu taubat untuk kita. Sebab Allah tahu kelemahan hamba yang Dia cipta.


Walau kita tak tahu, tak ingat, tak sedar akan dosa yang kita buat, teruss istighfar dan mohon keampunanNya. Niatkan untuk bersihkan diri dari segala dosa.


InsyaAllah akan dibukakan jalan untuk kita perbaiki diri, hati pun akan tenang dan dibukakan pintu rezeki dari arah tak disangka.

 


Dapat sesuatu?


Syakirah Kapli


15 Rahsia Asas Rezeki
111 Formula Tarik Rezeki

 

08 September 2018

 

 

 

 

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK