Hidup Bersandarkan Siapa?

Semalam ada baca kisah sis ni dari kelas tuisyen FTR. Subhanallah sebak pula baca ujian yang sis ni hadapi.

 

Part paling sedih bila ditinggalkan di tepi highway hingga terpaksa balik jalan kaki dengan anak-anak. Tak dapat bayangkan!

 

Namun, berkat kesabaran sis ni, dengan apa yang dipelajari dari FTR, alhamdulillah suaminya kembali sedar akan kesalahan diri.

Saya kongsikan cerita sis ni di bawah ya. Jemput baca.

 

 

Baca FTR ms 87, formula 18: Hidup Bersandarkan Siapa?

 

Semoga bermanfaat untuk puan sebagaimana saya. Masalah kita berbeza tapi penyelesaian sama, mari kita bersandar pd Allah semata – mata. Saya ulang ulang baca ni sampai melekat di hati.

 

Suami saya sejak 1 Jan 2015 tak bekerja lebih 3 tahun. Rumah, kereta, susu pampers anak-anak semua saya tanggung termasuk dirinya.

 

Dulu rasa beban, bila bsandar pd Allah, ringan kepala. Rezeki mencurah, setiap sen saya keluarkn niat jadi sedekah.

Suami panas baran bila anak menangis, biasa baling cermin berkecai, suruh saya & anak-anak balik jalan kaki tinggal tepi lebuhraya, sedangkn itu kereta saya, dia tiada kenderaan hatta basikal, dulu rasa marah tapi diam, sekarang bersandar pada Allah tak kisah langsung dah..anak-anak sayangkan saya, mentua pun sayangkan saya lebih dari anaknya.

 

Suami malas kerja rumah & malas jaga anak-anak sampai nak mandi & membuang terpaksa bawa masuk anak ke toilet bersama, sidai baju sambil dukung anak, masak sambil dukung & letak berulang ulang. Dulu rasa marah, sekarang bersandar pada Allah, rasa tenang & senang je.

 

Suami ada secret admire melayan handfon  sepanjang masa, entah apa diboraknya..tersengih sengih macam isteri & anak2 tak ada depan mata. Dulu rasa marah, tak nak bermadu.Bila bersandar pd Allah dah tak kisah, hukum Allah kan lelaki boleh kahwin banyak, kita manusia je..even lepas ‘bersama’ dia pegang handfon pun saya tak kisah.

 

Dulu memang serabut masalah rumahtangga. Tekanan pergi jumpa doktor psikiatri, pergi Pejabat Agama mengadu kesalahan suami je. Sekarang bersandar pada Allah, temujanji Pejabat Agama dah tak mengadu kesalahan suami, cari kesalahan diri saya sendiri macam mana nak jadi isteri solehah.

 

Zikir Ya Latif tak henti- henti. Doakan suami sepanjang masa, minta buka pintu hatinya sedar kesalahan, minta buka pintu rezekinya tunaikan nafkah.

 

Apa saya dapat?Suatu hari 3.00 pagi suami kejut & minta maaf banyak banyak, menangis macam budak kecil, tak nak kehilangan saya & anak2. Dia tak janji bab nafkah. Sampai sekarang masih tak ada kerja, tapi dia dah rajin tolong sama – sama kerja rumah & jaga anak anak- Bestkan.

 

Paling best dia janji dia bagi keredhaan kepada saya sampai mati, katanya saya tak pernah ada dosa dengan dia & tak akan ada dosa dengan dia.

 

Sebagai suami dia bagi jaminan syurga seorang isteri taat, cuma saya kena cari redha Allah je lagi. Hidup sangat bahagia sekarang bila hidup bersandarkan Allah..

 

 

 

 

 

 

 

 

Moga sahabat yang membaca dapat sesuatu yang berharga dari kisah ni. Ingat kata-kata sis ni,

 

“MASALAH KITA MUNGKIN BERBEZA, TAPI PENYELESAIANNYA SAMA”

 

 

Syakirah Kapli

Skuad Elit FTR

 

Jemput baca info FTR di sini > www.nak.la/111FormulaTarikRezeki

Atau wasap >> www.wasap.my/60194917769/infoFTR

03 June 2018

 

 

 

 

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK