#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah.

 
Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis.
 
Menangisnya kita kerana masalah yang menimpa. Ini adalah sering terjadi pada kita.
 
Betul kan?
 
.
 
Apakah yang menyebabkan semakin berdoa, semakin jiwa berasa lebih sempit?
 
Kita memohon kepada Allah agar masalah kita dapat diselesaikan.
 
Kita mohon agar diberikan jalan agar masalah kita dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.
 
Harapan ini menyebabkan jiwa kita semakin terhimpit.
Kita memohon segala aturan, takdir dan qada' kita ditentukan dengan cara kita.
 
Akhirnya jiwa kita semakin parah.
 
Bagaimanakah cara nak menyelesaikannya?
 
Fahamilah bahawa masalah yang sebenarnya adalah bukan masalah yang kita hadapi itu. Bukan masalah yang kita harapkan ia selesai itu.
 
Masalah UTAMA kita adalah TIDAK MAMPU MENERIMA KEHENDAK ALLAH.
 
Itu sahaja sebenarnya..
 
.
 
Yang harus didoakan adalah memohon agar diperkuatkan jiwa untuk mampu menerima kehendak Allah. Mampu menerima apa yang telah terjadi.
 
Ketika jiwa ini tidak mampu menerima kehendak Allah, Allah makin sempitkan jiwa kita.
 
Semakin degil, semakin dihimpit dan terus dihimpit hingga akhirnya kita penat dan letih.
 
Ketika penat dan letih, di sinilah hati akan berkata..
 
"lantaklah.... biarlah.... sudahlah.... ect".
 
Inilah tanda jiwa sudah menyerahkan semuanya pada Allah.
 
Ia kelihatan seperti putus asa, namun me'lantak'lah itu lah permulaan untuk jiwa bangun semula.
 
.
 
PERSOALANNYA…
 
Adakah kita ingin hingga benar-benar rasa terhimpit dan kemudian baru ingin berserah?
 
Bukankah jika awal-awal lagi berserah lebih membahagiakan.
 
Tidaklah jiwa terhimpit menahan sakit yang pasti memakan masa berhari- hari malah bertahun.
 
.
 
Lalu ketika ada masalah,
 
PERTAMA KENA LAKUKAN adalah datang ke Allah dan MEMOHON MAAF kepada Allah kerana jiwa tidak mampu menerima.
 
Ya Allah, hambaMu memohon maaf ya Allah kerana tidak mampu menerima kehendakMu Ya Allah.
 
Ya Allah maafkan hambaMu ini Ya Allah kerana tidak mampu menerima takdirMu ya Allah.
 
Ya Allah.. Maafkan hambaMu ini ya Allah..... Maafkan ye Ya Allah... Maafkan..."
.
KEDUA mohonlah agar jiwa diperkuatkan oleh Allah untuk menerima kehendakNya kerana yang mampu menguatkan jiwa HANYA ALLAH SWT.
 
Ya Allah hambaMu mohon Ya Allah agar jiwa ini dikuatkan Ya Allah.
 
HambaMu mohon Ya Allah agar jiwa ini mampu menerima kehendakMu Ya Allah.
 
Ya Allah aku terima kehendakMu Ya Allah. Aku terima Ya Allah.... aku terima.
 
Aku redha Ya Allah.... aku pasrah Ya Allah.... aku pasrah... Allahuakbar.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Ya Allah.. "
 
.
 
Semoga bermanfaat untuk semua.
 
Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak.
 
Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.
 
 
P/s: Jika nak dalami banyak lagi ilmu rezeki, jom sama-sama saya dalam group VIP RMR untuk belajar Magnet Rezeki Cara Allah :
 
 
 
 
 
Lagi satu.. Jika anda nak tambah pendapatan melalui program e-Rezeki, boleh mendaftar di sini secara PERCUMA je sekarang. Klik DAFTAR dan whatsapp saya di sini >> whatsapp untuk saya masukkan ke support group.
 
 
 
ARTIKEL BERKAITAN:
 
 
 
 
 

Hidup Makin Sempit? Ini Adalah Penyelesaian Kepada Masalah Hidup

18 September 2019
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai juga menunggu ya, di FB dan whatsapp. Hehe Saya share

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki