Hutang tertunggak 3 tahun, selesai kurang seminggu!

Assalamualaikum.. Hari ni saya nak share pengalaman salah seorang pembaca FTR - Formula Tarik Rezeki , seperti yang diceritakannya kepada Pn Nora Yusof, penulis FTR.

 

Saya rasa nak nangis je baca ni boleh tak?? 

 

Jemput baca …

 

-----

 

Assalamualaikum Puan Nora. Saya tak abis baca lagi buku Puan. Sikit lagi...Tak pernah saya beli buku, suami ambik kisah nak pegang apa lagi nak baca. Saya baca buku Puan, dan terus amalkan.

 

 

First saya settle hutang. Dah 3 tahun saya tangguh hutang tu sebab takut x cukup keperluan kami sekeluarga bila ketepikan duit bayar hutang...Tak tau magik dari mana, tak sampai seminggu, saya dapat selesaikan hutang yang 3 tahun tertunggak tu...

 

 

Pelan-pelan saya ceritakan pada suami. Dia tanya. Saya buat apa? Saya cakap saya baca buku FTR. Dan hati saya tenang lepas bayar hutang...

 

 

Sejak tu, saya tengok Encik Suami ada pegang pegang buku FTR. Dia baca tajuk by tajuk. Tanya siapa Puan Nora. Dan salah satu sebab saya tak dapat nak abiskan cepat baca FTR ialah, setiap kali selesai solat, selesai mengaji malam ke subuh, saya terpaksa berebut dengan suami buku tu. Allahuakbar...

 

 

Belum pernah seumur hidup saya nampak dia sanggup usung buku sana sini. Tapi saya dapat tengok dengan FTR. Subhanallah...

 

 

Puan, suami saya belajar x tinggi. Darjah 6 je. Tapi dia suami yang baik. Cuma ilmu agama kurang. Lepas baca FTR, walaupun belum habis baca, MasyaAllah.. Tak dapat saya nak balas jasa Puan sampaikan ilmu melalui buku ni..

 

 

Dekat setahun Ustaz yang nama Haji Solihin tu pujuk suami ke majlis Qiamullail. Entah rezeki apa Allah bagi kat saya pintu hati suami terbukak nak pegi minggu lepas..Dia nampak bersemangat…

 

 

Puan tau tak? Kami ni berniaga makanan. Sambil-sambil saya bantu berniaga online jual Minyak angin bercollagen. Sebelum ni, setiap kali Ramadan kami akan tunggang langgang berniaga di bazar. Solat tak tinggal. Tapi berkat ramadan kami selalu terlepas.

 

 

Terawih..? Jauh tak terkejar..Tahun ni kami nekad. Stop niaga. Tak masuk bazar. Kami keluar rumah seawal pukul 6.15 mencari masjid. Kami berbuka di masjid..

 

 

Layan oder Minyak Angin Bercollagen je. Alhamdulillah. Allah tu Maha Memberi Rezeki. Ada je restok dari agen dan oder dari customer.

 

 

Dengan nama Allah saya rasa buku ni memang satu keperluan terutama bagi yang dh berkeluarga. Cukup-cukupla penat uruskan dunia. Rasa lapang bila tau kita kena serah urusan dunia tu pada Yang Maha Mengatur Maha Mengurus..

 

 

Jadi dengan nama Allah jugak saya nak register sebagai ejen FTR. Saya nak buku ni sampai pada lebih ramai orang.

 

 

Lagi satu. Rahmat terbesar saya dapat Puan. Suami pergi solat subuh kat masjid sejak Ramadan pertama lagi dan konsisten sampai sekarang. Tak pernah sepanjang kami kawin, dia solat subuh kat masjid.

 

 

Subhanallah. Satu demi satu doa saya Allah makbulkan. Nikmat mana lagi saya nak dustakan. Melimpah ruah rezeki dia bagi...

 

- Puan MI.

 

-----

 

Subhaanallah. Maha Suci Allah. Segala puji hanya untukNya. Nikmat apa lagi yang kita nak dustakan?

 

Bila kita usaha dekatkan diri dengan Allah, buat apa yang disukaiNya, nikmatNya datang mencurah-curah. Alhamdulillah FTR banyak mengajar dan membimbing pembacaNya supaya lebih dekat dengan Allah.

 

Info FTR ada di sini << jemput klik dan baca

 

 

10 October 2018

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK