#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Ini 3 Amalan Rahsia Untuk Elak Sihir, Lindungi Diri & Kabulkan Segala Hajat

Assalamualaikum semua sahabat pembaca.

 

 

Siang tadi saya ada menonton satu petikan video ceramah Dato' Ustaz Kazim Elias. Beliau kongsikan pengalaman perit ketika sakit akibat sihir.

 

 

Setelah ke sana sini mencari penawar, akhirnya ustaz dinasihatkan supaya mengubat diri sendiri. Maka bermula lah perjalanan ustaz belajar perubatan islam dari 2 orang gurunya. 

 

 

Alhamdulillah, dengan izinNya ustaz sembuh dari sakit akibat sihir. Cuma kesan dari sihir tu memang tak dapat hilang sepenuhnya, ada makanan yang ustaz tak boleh makan hingga sekarang.

 

 

Peritnya akibat sihir itu, ustaz mahu ajarkan amalan-amalan tertentu agar orang lain tidak menderita akibat disihir sebagaimana ustaz dah lalui.

 

 

Dalam video tu ustaz dedahkan 3 amalan yang pada mulanya amalan-amalan itu dianggap eksklusif untuk diamalkan oleh dirinya.

 

 

Beliau tak pernah ajar pada sesiapa, malah tidak pernah menulis puluhan amalan tersebut di dalam buku-bukunya.

 

 

Jadi ambil peluang ini dan catatkan amalan yang ustaz kongsikan ini ya..

 

 

 

# Amalan Pertama

 

Amalkan Surah Taaha ayat 55 

 

 

 

Ayat ini boleh dibacakan ketika kita berhadapan dengan orang ramai atau ketika berhadapan dengan orang yang berniat tidak baik pada kita. Boleh juga dibacakan ketika berhadapan dengan bos yang garang.

 

 

Ustaz selalu amalkan ketika nak berceramah di mana-mana kerana berceramah juga ada risiko yang tersendiri, menerima ancaman di pentas ceramah, termasuk pernah menerima ugutan bunuh.

 

 

Ustaz cerita, ada sekali tu ketika berceramah, ada seseorang yang berjalan dari belakang menuju ke depan ke arah ustaz. Ustaz dah rasa lain macam, terus bacakan ayat tersebut.

 

 

Sampai saja lelaki tadi di hadapan ustaz, dia hanya pandang lama muka ustaz dan akhirnya minta untuk peluk ustaz.

 

 

Ayat ini juga boleh dibaca untuk menjinakkan anjing yang garang (ustaz pernah buat) dan baca ketika terjumpa binatang berbisa.

 

 

 

# Amalan Kedua

 

Ketika hendak makan di kedai makan, amalkan 3 perkara ni. Boleh dibacakan ketika dalam kereta, sebelum turun ke kedai, atau semasa dalam kedai.

 

 

Baca perlahan-lahan dengan ikhlas dan yakin dengan pertolongan Allah swt.

 

 

1. Al Fatihah 7 x

 

2. Surah Hud ayat 56

 

 

 

3. Dua ayat terakhir surah At-Taubah

 

 

InsyaAllah jika ada yang tak kena dengan makanan kita, kita akan nampak sesuatu pada makanan, pinggan / cawan pecah, jatuh dan lain-lain.

 

 

 

# Amalan Ketiga

 

Amalan ketiga yang ustaz kongsikan adalah zikir yang dibacakan supaya dikabulkan segala hajat.

 

Zikirnya begini..

 

Laa ilaaha illallah .. Al A'zhiimul Halim

Laa ilaaha illallah .. Rabbul A'rshyil A'zhiim

Laa ilaaha illallah .. Rabbussamaawaats, wa Rabbul ardh, wa Rabbul A'rsyil Karim

 

Untuk dengar sendiri bacaan dari ustaz boleh tonton video >> di Youtube ni.

 

 

Baca zikir ni sebelum berdoa memohon apa-apa hajat.

 

 

Ok ini saja 3 amalan yang dikongsikan ustaz. Boleh lah sama-sama kita amalkan dengan yakin dan istiqamah ya. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.

 

p/s: Mohon bantuan sahabat kongsikan artikel ini untuk manfaat sahabat lain ya. Terima kasih.

 

 

29 April 2019
08 May 2019
Kajian menunjukkan mereka yang bertahan dengan rumah tangga yang 'belum' bahagia, akhirnya akan mendapat kebahagiaan, berbanding mereka yang bertindak membubarkan
04 May 2019
Assalamualaikum.. Pagi tadi saya ada baca perkongsian Sifu Farihan dalam group E-Rezeki tentang 4 perkara yang boleh kita lakukan di
29 April 2019
Assalamualaikum semua sahabat pembaca. Siang tadi saya ada menonton satu petikan video ceramah Dato' Ustaz Kazim Elias. Beliau kongsikan pengalaman
15 April 2019
  Pagi tadi saya ada terbaca di FB Ummi Rosmawati Mohamad tentang cara melangsaikan hutang dengan kaedah Asmaul Husna. Memandangkan ramai
10 April 2019
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan zikir ini. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi

DOWNLOAD PERCUMA