Ini 3 Amalan Untuk Merawat Anak Yang Degil
Baru-baru ni ada tengok video Ust Sharhan, beliau share doa untuk anak yang degil.
 
 
Saya share balik ya untuk kita amalkan sama-sama.
 
 
Amalan #1
 
 
Bacakan pada air minum atau makanan anak.
 
- Surah Al Fatihah
- ‎Ayat Kursi
- ‎Ayat 82 Surah Al Israa
 
 
‍‍‍‍‍‍
Ustaz cerita, ayat 82 Surah Al Israa ni Rasulullah Saw pernah bacakan pada seseorang yang perangainya buruk ya ampun, iblis tak nak kawan, jin pun lari tak nak dekat dengan dia. 😅
 
 
Namun akhirnya beliau tergolong sebagai salah seorang sahabat Nabi Saw asbab ayat ini.
 
 
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
 
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
 
( Al Israa : 82 )
 
 
 
 
Amalan #2
 
Ketika anak tidur, bacakan Surah Al Insyirah di dahi dan ubun-ubun anak.
 
 
 
 
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Amalan #3
 

Ketika anak nak ke keluar, ke sekolah, nak tidur atau bila-bila masa, letakkan tangan di ubun-ubun anak dan bacakan doa ini..

 

 
Untuk anak lelaki...
 
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
 
(Allahumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)
 
 
 
Jika anak perempuan...
 
(Allahumma faqqihha fiddin wa a'llimhattakwil)
 
 
Maksudnya:
 
"Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)."
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
 
 
Doa ini dibacakan oleh Nabi Muhammad Saw kepada Ibnu Abbas ketika beliau masih kecil.
 
Ibnu Abas menjadi seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, ahli Fikah yang tersohor di zamannya.
 
 
‍‍‍‍‍‍Amalkan sama-sama ya. Moga anak-anak kita menjadi anak yang baik soleh dan musleh. Aamin..
 
Boleh share pada ibu ayah yang lain, moga menjadi asbab kebaikan buat semua.
 
 
‍‍‍‍‍‍Nak lagi belajar cara jadi ibu ayah yang terbaik? Klik sini >>  Ebook Pro Parenting.

 

23 January 2019

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK