#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

 

Pagi tadi saya ada terbaca di FB Ummi Rosmawati Mohamad tentang cara melangsaikan hutang dengan kaedah Asmaul Husna.

 

Memandangkan ramai yang ada tanya cara melunaskan hutang dengan cepat sebelum ni, saya share kaedah yang diajarkan oleh ummi Rosmawati ni untuk kita amalkan sama-sama ya.

 

Mudah-mudahan teknik ini membantu sahabat-sahabat pembaca semua.

 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: 

 

“Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik, berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu – Asma ul-Husna).”  

 

Surah al-A’raf 7:180

 

 

Baik, kita teruskan dengan perkongsian dari FB ummi Rosmawati ya.. Jemput baca.

 

 

* * * * * * * * * *

 

Teknik Langsai Hutang Dengan Asmaul Husna

 

 

Langkah Pertama

 

Kalian senaraikan semua hutang kalian dalam satu kertas A4.

 

Buat List A (hutang dengan manusia) dan List B (hutang dengan institusi). Anda mesti tahu jumlah hutang kalian.

 

Perhatian:

Buat list cantik-cantik ya.

 

 

Langkah Kedua

 

Selepas selesai listkan semua senarai hutang itu, kalian kena buat solat penyerahan pengurusan hutang kepada Allah.

 

Apa itu solat penyerahan? Ia solat sunat mutlak atau solat hajat atau solat taubat. Buat bila-bila dan sebaiknya waktu tahajud.

 

 

Sebelum berdiri untuk mengangkat takbir, lafazkan..

 

“Ya Allah, daku berdiri untuk datang menyembahMu dan memohon pertolongan dariMu dan menyerahkan segala pengurusan hutangku kepadaMu. Ya Allah, ampunkan aku atas segala kesilapanku atas hutang ini.”

 

Kemudian solat sunat dua rakaat.

 

PENTING!

Dalam sujud terakhir, selepas bacaan sujud (dalam hati), mohon keampunan Allah atas kesilapan yang kita buat di atas hutang ini.

 

Kemudian lafaz..

 

“Ya Allah Ya Robb Ya Baari, daku serahkan urusan hutangku kepadaMu (sebutlah jumlah hutang)”.

 

 

Langkah Ketiga

 

Selepas selesai solat, buat selawat, istifar, zikir nama Allah Ya Baari 100 kali hingga 1,000 kali.

 

 

Buat juga solat taubat kerana ketika kita nak hutang, kita tidak minta pertolongan dari Allah. Ketika sukar nak bayar hutang, baru nak minta tolong Allah.

 

 

PERHATIAN!

Bagi mereka yang tidak boleh solat, buat juga gerakan sujud dan lafaz seperti yang dinyatakan dan buat aktiviti selepas solat.

 

Marilah kita buat dulu. Selamat mencuba.

 

Follow FB beliau di sini >> untuk dapatkan ilmu-ilmu berkaitan asmaul Husna

 

 

Sama-sama kita amalkan ya. Moga bermanfaat untuk sahabat semua.

 

 

Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankandoa, perkenanlah segala permintaan kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam keadaan kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala keperluan kami, jauhkan kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.

 

 

Ya Allah! Ya Razzaq, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.

 

 

 

Klik sini >> untuk dapatkan workbook 100 Hari Amalan Magnet Rezeki.

 

 

* * * * * * * * * *

 

Ini Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Kaedah Asmaul-Husna

15 April 2019
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai juga menunggu ya, di FB dan whatsapp. Hehe Saya share
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak cerita hari ni tentang Hidup Dalam Keberlimpahan. ‍‍‍‍‍‍Allah Maha Adil,
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian dalam hidup supaya ujian tersebut terasa ringan. Sebenarnya, beratnya sesuatu

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki