#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Kisah Keajaiban Solat Dhuha II

Baru-baru ni saya ada share satu Kisah Keajaiban Solat Dhuha, dan saya share link di facebook. Ramai yang membacanya, alhamdulillah. Moga bermanfaat buat semua.

 

 

Ada sorang sis ni, seorang pembaca FTR jugak, dia tengah down katanya. Lepas baca kisah tu terus rasa sebak dan bangun ambil wudhuk dan solat. Sempat la dia buat solat dhuha 4 rakaat ja. Hari selepas tu dia tambah, cuba buat 12 rakaat. Esoknya buat lagi, dengan lebih baik lagi.

 

 

Nak tahu apa jadi? Baca sendiri coretan di adik manis tu kat bawah ni ha. Semangat tau dia, malam-malam hantar karangan panjang-panjang kat telegram saya. Hehe...

 

+ + + + + + +

 

 

 

Kak kirahhhhh. Assalam. Saja nk kongsi. Tapi tak mau kongsi kat group. Kalau kak kirah nak jadi kat testimonial boleh, tapi tutup nama ye. Huhu.

 


Saya dua hari lepas, terbaca kisah dhuha 12 rakaat tu. Tapi masa saya baca agak lewat. Tapi saya gigihkan juga, dapat buat 4rakaat je. Kesempitan waktu. 

 


Esoknya tu (semalam) saya standby awal. Usaha buat 12rakaat. Berpeluh juga lah. Hehe. Tapi cuba untuk fokus dan ingat cikgu nora cakap dhuha tanda syukur dengan rezeki yang kita dah terima. Bila bersyukur , baru Allah tambahkan lagi. Saya buat dengan niat nak sungguh2 panjatkan kesyukuran.

 

 

(Nota : Dalam buku Formula Tarik Rezeki, FTR tulisan Nora Yusof ada jelaskan tentang niat ketika kita solat dhuha)

 

 

Alhamdulillah, lepas dhuha settle, ramai org pm nak beli barang. Barang yang saya tak promote pun, ada orang tanya juga (saya droship banyak benda). Dan customer yang datang tak banyak kerenah.

 


Harini saya standby lebih awal dari semalam. Saya cuba buat dalam keadaan lebih tenang. Syukur, jadi lebih ringan dan mudah. Sebab semalamnya tu macam dah "warmup" kan. 😂

 

 

Dan Alhamdulillah, ada sales dari arah yang tak disangka2.

 

 

Saya ada satu page. Tapi dah tak active sejak 2013 if tak silap. Ada sesekali post konon nak hidupkn semula page tu, tapi terkubur sebab macam hambar sangat rasa.Jangankan komen, like pun takda.

 


Jadi petang tadi, saya fikir, nak mula active kan page. Saya upload sikit gambar. Tu pun jenuh sebab line slow sangat. Kurang dari beberapa jam, tiba2 dapat 3-inbox dari orang berbeza, beberapa likers terbaru dan komen terbaru.

 

 

Kalau tak, jangan haraplah. 😂 tu yang terkubur page tu lama.

Dan tup2 malam ni ada customer trus nak bank in duit. Seronoknya saya. Rasa lebih bersemangat.

 


Saya share ni pasal happy sangat, dan saya nak ajak raaamai lagi sahabat2 kita cuba usaha amalkan buat dhuha 12rakaat ni. 

Sebelum ni saya buat juga dhuha. Tapi tak konsisten. Dan selalunya dua rakaat je.

 

 

Doakan saya istiqamah ❤️

 

 

 

  

 

 

 

 

+ + + + + + + + +

 

 

 

 

Amacam uols, mesti rasa terus nak gi solat dhuha kan. Jangan lupa, solat dhuha bukanlah sebab kita nakkan rezeki semata, tapi buat la sebagai tanda syukur kita pada Allah. Lagi banyak kita buat, tanda lagi banyak kita bersyukur pada Allah.

 

 

Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat Allah beri.

 

 

Siapa berkesempatan buat 12 rakaat, terutama yang bekerja dari rumah tu, usah lepaskan peluang untuk buat. Yang bekerja di pejabat, buat la sesuai dengan keizinan majikan. Kalau buat 12 rakaat, sampai ambil banyak masa bekerja, tanpa izin boss pun tak bagus juga. Utamakan yang wajib.

 

 

Boleh ke boleh? :)

 

 

- Syakirah Kapli -

 

30 August 2018
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai

ARTIKEL BERKAITAN ...