Kisah Kebangkitan Founder Biskut Tuan Anas

Baru-baru ni founder Biskut Tuan Anas yang mesra disapa Awan ada share pengalaman bagaimana dia bangkit berjuang setahun yang lalu dan apa hasil yang beliau perolehi selepas setahun. Subhanallah, sangat memberi inspirasi. Maaf saya baru berkesempatan nak share kat sini. Jom baca apa yang Awan kongsikan.

 

 

+ + + + + 

 

 

Bulan Ogos Bulan Penuh Semangat dan Nekad.

 

Setiap Pejuang mengalami jatuh bangun dalam perjuangan mereka. Masing2 punya kisah dan jalan cerita yang berbeza. Yang pasti mereka punya matlamat yang sama. Walau jatuh semangat berulang kali mereka bangkit mengesat air mata dan terus melangkah walau jiwa diasak untuk menyerah. 

 

 

Bulan Julai 2017 aku di uji dengan semangat yang luntur dan Bulan Ogos 2017 aku Bangkit menjadi seseorang yang baru dan Nekad. Aku target setahun untuk capai semua yang aku tulis sebagai satu matlamat yang jelas. 

 

Aku buang malas aku dan terus berjuang. Janji aku pada diri,  walau apa pun jadi aku akan jadikan perjuangan aku sebagai saksi aku mahu buat yang terbaik untuk keluarga aku. Dan misi aku. My own mission. Untuk kumpul pahala sebanyaknya. Untuk bantu mereka selayaknya.

 

 

Allah temukan Buku FTR tulisan Cikgu Nora Yusof. Aku follow task tanpa jemu. Tulis impian setiap hari. Baca zikir selawat dan istighfar saban hari. 

 

Aku ditemukan dengan Cikgu Mimi. Cikgu Mimi pantau zikir dan doa harian. Cikgu Mimi tekankan berkenaan Doa di Hari Arafah

 

Ya. Aku ingat lagi aku menunggu Hari Arafah penuh setia. Aku siapkan impian yang bakal aku submit di waktu wukuf. Allah akan makbulkan atau tidak itu aku tidak mahu fikir.

 

Yang aku tahu,  aku mahu duduk di atas sejadah dan bercakap sebanyak mungkin dengan Dia. Aku mengurung bilik dan minta suami aku tengokkan anak aku sementara aku mahu fokus mengadu segala yang ada di dalam hati aku kepada Dia.  Aku menangis semahunya di waktu wukuf. 

 

Walau tidak ada di Mekah tempat mustajab doa,  aku rebutkan juga waktu mustajab doa. Aku baca satu persatu impian yang aku tulis di buku impian aku. Aku ceritakan kepada Dia sebab mengapa aku mahu capai sambil mata tidak berhenti menangis.

 

Aku minta Dia berikan aku semangat untuk terus berjuang. Berjuang mendapat hidayah dari Dia. Berjuang untuk jambatan ke syurga iaitu menjalani kehidupan dunia yang kejam. 

 

Aku melihat jam sudah suntuk. Waktu wukuf bakal berakhir. Aku mengulang2 doa yang aku sungguh2 mahu capai. akhirnya waktu wukuf tamat. aku menangis puas. Lega dapat rebut doa di waktu paling mustajab. Aku yakin Allah akan terima rayuan aku. 

 

Hari ini. Saksi setahun yang lalu. Ogos 2017 - Ogos 2018. Banyak doa dan impian aku Allah perkenankan. Terima kasih Allah. Aku janji ya Allah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk ajak lebih ramai orang untuk sentiasa bergantung harap pada Engkau Ya Allah.

 

Aku akan cuba sebaik mungkin untik ajak ramai orang supaya sentiasa yakin dan tawakkal sepenuhnya pada Engkau ya Allah. 

 

Bantu aku ya Allah. Pimpin aku ya Allah. Aku tak kuat jika Kau tak pimpin aku. Aku mahu berjumpa ayah aku disyurga dan berkumpul dengan semua ahli keluarga aku di syurga ya Allah. Tegurlah aku jika aku berdosa ya Allah. terimalah amalan dan taubatku dan semua hambaMu  ya Allah. 

 

Aku percaya doa senjata paling utama. Komitmen yang diberikan semasa kau berdoa akan menentukan doa kau bakal makbul atau tidak. 

 

Hari Arafah bakal tiba tidak lama lagi. Aku sarankan kau fikirlah apa yang kau mahu sangat2 capai. Listkan satu persatu. Mulai hari ini, doa pada Dia agar diberi kesempatan untuk berdoa di waktu wukuf. 

 

Tunjukkan kau sungguh2 mahu dipertemukan dengan waktu wukuf. Aku hanya kongsi pengalaman dan kesan. semua jadi hanya izin dari Dia. 

 

Salam Success 2018


Najwa Bte Abdullah
Si Yatim Biasa2 Yang Punya Impian Luar Biasa.

 


 

 

Sambung Awan lagi...

 

+ + + + +

 

 

Masa saya ditemukan dengan Buku FTR bulan Ogos 2017, saya mohon agar Allah berikan saya sesuatu melalui buku tersebut. Saya tidak mahu mengharapkan buku dan cikgu merubah saya 100%, tapi saya mengharap agar apabila saya dapatkan buku tu,  Allah akan memberi saya sesuatu yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah semua impian yg saya tulis bermula selepas beli FTR,  sehingga hari ini, semua sudah tercapai. 

 

 

Syukur Allah temukan saya dengan Buku FTR. permulaan hidup saya bersemangat dan nekad. Dengan Izin Dia. Saya ingat lagi saya janji pada diri saya,  saya takkan sia2kan peluang yang Allah berikan selepas saya beli buku FTR.

 

 

 

 

 

Awan turut kongsikan impian-impian yang beliau berjaya capai. Subhanallah, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Satu persatu impian Awan Allah aturkan dengan baik sekali. Saya petik catatan kejayaan Awan yang beliau kongsikan di FB.

 

 

+ + + + +

 

 

Aku tulis dalam #BUKU_IMPIAN bermula setahun yang lalu :

 

1. aku nak bawa ibu dan family pindah rumah baru feb 2018. ( Jumpa rumah nie Ogos 2017. Rumah lebih kurang sama dgn gambar yg aku tampal dalam buku. Allah bagi masuk rumah baru April 2018)

 

2. Aku nak buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru dan aqiqah raya ke 2. (Allah bagi raya ke3)

 

3. Aku nak bawak anak yatim shopping baju raya. (Allah bagi aku bawak anak yatim shopping baju sekolah) 

 

4. Aku nak buat tahlil dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim (Allah bagi aku jemput anak tahfiz dan team operasi)

 

5. Aku nak sedekah sekian amaun untuk anak yatim. Allah datangkan anak yatim perlukan bantuan kilat beli tilam. 

 

6. Sales aku target 7 angka. Tapi Allah bagi income bersih 6 angka. Anak2 Team Tuan Anas ramai yang berjaya buat sales tinggi. Alhamdulillah. 

 

7. Renovation rumah baru. Alhamdulillah wyring lampu kipas kabinet awning grill dan kelengkapan rumah yang lain semua dapat siap sebelum raya. Semua guna duit jualan Biskut Tuan Anas. Sofa karpet dan katil bilik utama abg ipar sponsor. 

 

8. Aku minat gila kat Vellfire. Siap bayangkan masa tulis impian, part kenduri tu,  aku bayangkan kereta vellfire aku tersusun sebelah khemah. Masa dah nak majlis aritu,  aku cakap dalam hati. Kan best kalau ada vellfire. Sekali adik aku datang bawak vellfire boss dia. Peeghhhh menjerit sakan aku mcm jumpa hantu. Kah3. Aku apa lagi melaram la bawak round area taman rumah. Ha2.


 

 

 

Sekian perkongsian dari Awan Najwa, Founder Biskut Tuan Anas.

 

Terima kasih atas perkongsian Awan yang sangat memberi inspirasi.

 

Sesiapa teringin nak dapatkan biskut beliau yang sedang viral tu boleh hubungi Awan melalui >> Facebook Awan Najwa.

 

 

- Syakirah Kapli -

 

 

 

 

17 August 2018

 

 

 

 

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK