Kisah Tawakal Di US

Ini sambungan cerita “Akak ni pergi US ‘bermodalkan’RM50

 

Lepas balik dari US, akak ni mesej saya lagi..

 

 

“Akak nak share something, tentang tawakal pada Allah, seperti di highlight dalam buku FTR

 

 

Wah excited betul rasa hehe. Dah tau dah para pembaca FTR ni kalau cerita mesti penuh emosi, penuh warna warni dan keterujaan. Panjang pulak tu ceritanya. ;p

 

 

Saya salin semula ceritanya kat bawah ni ya.

 

 

Masa nk terbang ke US hari tu… Akak dpt usd500 drp company as pocket money. Plan nak tukar lagi dalam rm3k…. Sebab duit kita exchange 4.33 masa tu.

 

 

Ditakdirkan hari akak nak terbang tu akak ada kelas agama pagi sampai pukul 5. Flight akak malam pukul 2am ke dubai transit kat sana. Bag semua belum ready sebab akak kan dpt short notice dan sibuk hal visa.

 

 

So minta ustaz permission balik awal. Ustaz lepaskan akak sorang pukul 4pm. Sampai rumah terus kemas2 sampai sedar2 da pukul 1000 malam. Janji dengan contractor kat airport pukul 11 malam.

 

 

Niat nak ke atm & tukar duit kat airport. Sampai airport terus check in…. Lambat la pulak prosesnya. Gitu gini… Alamak da pukul 12 lebih. Mana bole cucuk duit lg?

 

 

Jadi akak ke US cuma dengan duit usd500 tu aje la… Nak duduk 8 hari… Hotel… Teksi… aduh.. macamana ni.

 

 

Nak tunggu depart akak solat. Mohon pertolonganNya… Mohon dicukupkan.. Mohon dipermudahkan.. Mohon keselamatan, mohon Allah uruskan urusan akak. Tawakal…. Masa tu… Memang tawakal 100%…

 

 

Sampai dubai terlepas solat subuh…. Akak tunggu syuruk…. Solat subuh, solat dhuha 12 rakaat dan baca yasin. Minta lagi dengan Allah… Sama macam tadi.

 

 

Ya Allah besar sungguh kuasaMu… Sampai US akak period… Allah mudahkan sebab banyak berjalan… Tak sangkut dengan waktu solat yang pendek2 sebab da nak masuk musim sejuk.

 

 

Hotel dah berbayar… Makan setiap hari ada orang belanja. Tambang teksi pun mereka bayar. Yang paling akak syukur sangat… Sepatutnya akak balik sendiri…. Maknanya kena bayar teksi ke airport lebih kurang usd120.

 

 

Tiba2 contractor pun tukar flight balik sama dengan akak… Dan alhamdulillah tambang teksi mereka uruskan. Akak balik dengan ada baki duit poket tu dan dapat la beli sikit cenderahati untuk keluarga n kawan2..

 

 

Akak nangis kirah…. Kenapa la susah sangat nak tawakal….. Sedangkan bila kita serahkan diri kita pada Dia…. Dia x hampakan kita…. Ampunkan aku YaAllah..

 

 

Saya sertakan screenshot cerita akak ni di bawah ya..

 

 

 

 

 

Allahu, sebak sungguh saya baca cerita akak ni. Besar sungguh rahmat dan kasih sayang Allah terhadap hambaNya yang betul-betul pasrah serahkan segalanya pada Allah. Kita ni yang jarang meminta.

 

 

Kisah ni memang memberi pengajaran besar buat saya yang sememangnya sentiasa lalai dan leka.

 

 

- Syakirah Kapli

 

 

P/S : Nak tahu tentang FTR? Klik sini >> Formula Tarik Rezeki (FTR)

 

Oh ya sekarang FTR dah ada buku mini tau. Info kat sini >> Buku Mini FTR (RAR)

 

 

11 October 2018

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK