#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Sungguh saya terkesan baca kisah ini.
Kredit kepada Fedtri Yahya.

 

 

KONSEP REZEKI

 

 

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. 

 

 

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

 

 

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

 

 

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

 

 

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. 

 

 

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. 

 

 

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya. 

 

 

+ "Assalamu 'alaikum"

 

- “Waalaikum salam"

 

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

 

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

 

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

 

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

 

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

 

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

 

+ “Doa?”

 

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

 

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

 

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

 

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

 

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

 

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

 

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

 

 

Sahabat ...


Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya. 

 

 

Aku termenung...


Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah?

 

Khuatir tidak dapat wang?

 

Risau rumahku akan terendam banjir?

 

Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri?

 

Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? 

 

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata-mata. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. 

 

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT. 

 

 

Sahabat ...


Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

 

Moga bermanfaat untuk semua.

 

 

Jika sahabat semua nak belajar lebih lanjut mengenai cara menjadi magnet rezeki dengan cara yang Allah redha, saya nak jemput sahabat semua sertai komuniti VIP Magnet Rezeki bersama Sifu Farihan di sini >> Magnet Rezeki

 

Atau klik sini untuk baca pengalaman sahabat-sahabat yang dah sertai VIP RMR / KMR

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

 

Amalkan Zikir Ini Ketika Dalam Kesulitan

 

Amalkan 7 Doa Pendek Ini Untuk Hilangkan Stress, Sedih & Gelisah

 

3 Perkara Selesaikan Masalah Hidup & Kabulkan Hajat

 

 

Konsep Rezeki - Kisah Si Penjual Surat Khabar

14 September 2019
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai juga menunggu ya, di FB dan whatsapp. Hehe Saya share

#TipMagnetRezeki