#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Ketenangan Hati, Rumahtangga Aman Bahagia Dan Hilang Rasa Was-was

Semalam saya ada dengar petikan video kuliah Syeikh Ali Jaber, tentang amalan untuk dapatkan ketenangan jiwa dan penyelesai segala masalah kehidupan.

 

 

Syeikh ceritakan, beliau sering dapat pertanyaan dari orang ramai yang ada masalah keluarga, masalah dengan anak, ibu bapa, pasangan, jiran dan lain-lain. 

 

 

Di rumah selalu saja ada masalah dan sering berantakan. Walaupun mereka dah berusaha kuat cegah diri dari masalah, masalah akan tetap akan datang.

 

 

Dalam diri sendiri juga kerap rasa tidak tenang, rasa was-was, seperti ada gangguan, ada makhluk halus dan sebagainya.

 

 

Oleh sebab itulah, Syeikh ajarkan 4 amalan ini, yang insyaAllah akan bermanfaat untuk semua, tak perlu panggil bomoh, dukun ke apa.

 

 

Boleh buat sendiri di rumah..

 

 

----------

AMALAN PERTAMA 

----------

 

Dalam bekas minuman, isikan air dan garam, seterusnya dibacakan ayat-ayat di bawah:

 

  • Al Fatihah 7x
  • 5 ayat pertama Al Baqarah - 1x
  • Ayatul Kursi 7x
  • 3 ayat terakhir surah Al Baqarah
  • Al Ikhlas 3x
  • Al Falaq 3x
  • An Nas 3x

 

Kemudian air tu dibuat minum. Kalau rasa masin (garam terlalu banyak), boleh tambah air.

 

 

 

----------

AMALAN KEDUA

----------

 

 

Guna bekas besar (baldi), diisi air dan ditambah garam. Bacakan juga ayat-ayat di atas seterusnya dibuat mandi.

 

 

Caranya, selepas baca ayat-ayat di atas tadi, tiupkan ke dalam air. Bukan ludah ya, pesan Syeikh.. :)

 

 

InsyaAllah, akan selesai masalah was-was dalam hati, perasaan, jiwa dan fikiran. Kata Syeikh Ali Jaber, 90% dari punca penyakit manusia adalah was-was.

 

 

 

----------

AMALAN KETIGA

----------

 

 

Isi air dalam baldi besar, tambah garam dan buat bersihkan rumah. Kalau nak bersihkan rumah, mop lantai ke apa, boleh guna air garam tu.

 

 

Kenapa air garam?

 

 

Garam itu, didalamnya ada energi positif. Jin dan syaitan pula adalah energi negatif. Jadi bila kita gunakan air garam untuk bersihkan rumah, jin dan syaitan tak dapat masuk ke rumah. Apatah lagi kita bacakan ayat kursi.

 

 

 

----------

AMALAN KEEMPAT

----------

 

 

Jika ada garam batu (mungkin garam kasar), kalau boleh bakarkan di atas arang dan dicampur dengan habbatussauda.

 

 

Jangan risau jika ia akan meletup-letup dan berbunyi kuat. Bunyi itu dan asap darinya akan membuatkan jin dan syaitan takut dan melarikan diri.

 

 

Pesan Syeikh, ini adalah ikhtiar. Namun hati kita wajib yakin kepada Allah Taala. Pesan Rasulullah, Allah menghalalkan kita berubat dengan pelbagai cara KECUALI berubat dengan cara SYIRIK.

 

 

 

P/s:

 

Syeikh tak sebut pula jenis garam yang digunakan, jadi saya berpendapat boleh gunakan garam biasa atau garam bukit.

 

 

Sekarang kan ada banyak dijual garam bukit untuk dibuat mandi tu. Yang tu tak melekit insyaAllah :)

 

 

Yang bawah ni best dibuat mandi..

Serius.. :)

 

 

 

 

 

* * * * * * * * * * * * *

 

15 February 2019
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian
16 June 2019
Zaman yang penuh mencabar ni, nak didik anak pun perlu ada kesabaran yang tinggi. Terutama anak lelaki. Besar tanggungjawab kita
09 June 2019
Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin
02 June 2019
1) TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka 2) TAWAKKAL - surah at-Talaq
25 May 2019
Lailatul Qadar, malam yang istimewa dianugerahkan Allah.. Apakah kelebihan malam lailatul qadar? Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam

DOWNLOAD PERCUMA