Akak ni pergi US ‘bermodalkan’ Rm50

Pergi US dengan Rm50?

 

Wah wah. Gempak gak tajuk ni. Hehe..  

 

 

Ini salah satu cerita keajaiban sedekah yang saya pernah share di Facebook saya > Syakirah Kapli sebelum ni.

 

 

Sorang akak ni, pembaca FTR jugak, whatsapp saya, cerita keajaiban sedekah yang dia sendiri pun tak sangka.

 

 

Ceritanya.. akak ni singgah solat di masjid, solat dhuha. Akak ni berniat nak sedekah sikit kat makcik cleaner kat situ.

 

 

Masa nak keluar tu, alamak! Takde duit kecik pulak. Ada not rm50 je. Hati mula berbolak balik. Hehe..

 

 

Dengan hati yang masih 50-50. Siap dah nak keluar dari masjid, kemudian akak ni masuk balik ke ruang solat untuk bersedekah, bila teringatkan janji Allah bagi hambaNya yang bersedekah. Akak tu berjaya teruskan niat sedekah dengan Rm50!

 

 

Lepas tu, akak tadi pun keluar dari masjid dan bergerak kembali ke ofis.

 

 

Dalam perjalanan, HP berdering. Rupanya bos telefon..

 

 

Jeng jeng jeng.. 

 

 

Kata bos ..

 

“Saya nak hantar awak buat testing kat Chicago..”

 

 

Masih antara percaya dan tak percaya akak tu tanya lagi..

Ke mana bos??

 

“Chicago, US. Takkan tak tahu?” Kata bos.

 

 

Subhanallah. Tak terjangkau dek akal! Biasanya yang pergi sana di kalangan bos-bos aje. Memang rezeki akak tu dapat ke US, walau atas urusan kerja, pasti satu pengalaman yang mahal harganya..

 

 

Cepat betul Allah tunaikan janjiNya, walau masih ada perasaan berbolak-balik, tadaaa…tetap dapat surprise dari Allah. 

 

 

Screenshot perbualan kami ada kat bawah ni..

 

 

 

P/s: Sebenarnya, ramai yang cakap, lepas buat task sedekah dalam kelas tuisyen FTR, diorang mula belajar memberi dan rasa best bersedekah, tiada gusar dan risau duit tak cukup ke apa. 

 

 

Yakin, sedekah pasti dibalas. Tak kira bagaimana bentuk balasannya, pasti ianya sesuatu yang tak disangka-sangka.

Sebenarnya kan.. Kisah akak ni tak terhenti di sini.. Lepas balik dari US akak ni mesej saya lagi, subhanallah berlaku lagi keajaiban Allah satu per satu dalam tempoh di US.

 

 

Saya ceritakan dalan post seterusnya ok!

 

 

(Update : Sambungannya di sini > Kisah Tawakal Di US)

 

 

- Syakirah Kapli -

 

 

P/S : Nak tahu tentang FTR? Klik sini >> Formula Tarik Rezeki (FTR)

 

 

11 October 2018

#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK