#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

REDHA ALLAH BERSAMA REDHA IBU

Cerita ini kisah benar dari Buku Doa Tak Tertolak.

 

 

Dikisahkan ada seorang Produser TV terkenal di Indonesia. Dia mengadu gajinya tak cukup, balik kerja penat, rasa apa dia buat semua tak berbaloi. Dia tak tahu apa nak buat lagi. Penat sangat katanya.

 

 

Dan dia pergi berjumpa kawannya (penulis buku ni, Saptuari)

 

 

Kawannya (Saptuari) tanya, macamana hubungan dengan ibu kamu?

 

 

Dia terdiam dan cakap, saya dah lama tak balik jenguk ibu.

 

 


Sebab dia simpan dendam pada ibu bapa yang bercerai masa dia kecil. Dia rasa kekurangan kasih sayang dan dia rasa benci dan malu pada ibunya.

 

 

"Kamu ni GILA. Ibu yang dulu mengandungkanmu..9 bulan kamu di dalam rahim nya. Darah,daging kau hisap untuk nutrisimu.

 

 

Bila lahir, susunya kau hisap sehingga kau dapat membesar seperti ini, dan sekarang kerana kemarahanmu kau lupa kan semua jasa dia yang tak terbalas itu?

 


Memang patut Allah membuat hidup mu sempit, kerana hatimu juga sempit.

 


Pergi segera pulang ke Jakarta, minta maaf untuk semua kesalahanmu, lepaskan semua beban, tenang saja. Bahagiakan ibumu dengan wang mu dan lihat apa yang akan terjadi"

 


Selepas di nasihatkan tentang kaitan redha ibu dengan keberkatan hidup, dia pun mengambil nasihat kawannya itu.

 


Selepas beberapa bulan tidak mendengar khabar, suatu hari masuk suatu mesej ;

 


'Betullah..nasihatmu benar..pulang ke jakarta saya terus ke rumah ibu. Kami nangis berpelukan. Semua saya tumpahkan.

 


Saya belanjakan untuk semua keperluan ibu dan sejak saat itu saya sering menziarahinya.

 


Keajaiban rezeki saya dapatkan, saya dapat buat bisnes sampingan dengan untung yang sangat-sangat besar.

 


Ketika duit banyak masuk, saya ada hajat mahu bawa ibu mengerjakan umrah.

 


Masyallah, Allah makbulkan dan mudahkan.


Di depan kaabah, saya kendong ibu saya putar tawaf kaabah tak henti-hentinya berdoa.

 


Semoga inilah penebus dosa-dosa saya"

 


p/s : Redha Allah bersama redha seorang ibu
 

07 September 2018
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian

ARTIKEL BERKAITAN ...