#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Kurang 60 hari sebelum menjelang tahun 2020.

 

30 Hari nanti adalah hari yang kritikal yang akan menentukan adakah anda berjaya jadi diri yang baru bermula 1 Januari 2020 atau tidak.

 

Nak tak nak anda kena mulakan daripada sekarang 90 Days Challenge To A New You

 

 

1. Buat keputusan

 

Sebelum nak berubah mesti bermula dengan buat keputusan untuk berubah kan? So thats it!

 

Anda kena buat keputusan.

 

Mari kita belajar basic tentang perkataan.

 

Keputusan ni berasal daripada perkataan - PUTUS.

 

Bila kita dah putuskan sesuatu, there is no turn back.

 

Ada ke bila kita masak, kita potong bawang, lepas tu boleh sambung balik bawang tu?

 

Ada ke bila kita potong kertas, boleh sambung balik tanpa pakai apa-apa tool?

 

Ada ke bila kita pecahkan kaca, kita boleh sambung balik kaca tu?

 

Tak, kan? Kalau sambung pun, it would not be perfect as original anymore.

 

Jadi bila anda buat keputusan ni, you to have to be FIRM with your own decision.

 

"Aku tak tau macam mana aku tau dan aku lakukan tapi aku berjaya jadi diri yang baru dalam masa 90 hari ni."

 

Anda kena berjanji dengan diri sendiri to have no turn back at all. Once your broke your promise, you'll live as the old version of you. Tahun 2020 will be NO new things about your life.

 

Sama je macam 5 tahun yang lepas.

 

 

2. Snowball the small success

 

Tidak kira apa pun umur, anda pasti nak jadi yang lebih baik dari tahun ke tahun.

 

Bagi memastikan anda dapat kejayaan yang besar, anda kena buat dulu kejayaan yang kecil.

 

Jika impian anda nak RM10,000/bulan, anda kena buat duit dulu 10 sen sehari. Nampak macam ridiculous tapi itulah tanda anda akan semakin dekat dengan income RM10k anda.

 

Lagi banyak kejayaan kecil yang berulang, lebih dekat dan lebih besar potensi untuk anda capai apa yang anda impikan. Kejayaan besar terhasil daripada kejayaan kecil.

 

Kecil - Besar

 

Jadi kena lalui kejayaan kecil dulu baru jumpa abang dia, Kejayaan Besar 😂

 

 

 

3. Ada growth mindset

 

Minda adalah kompilasi apa yang anda dengar dan tengok.

 

Anda kena mula buat aktiviti apa yang akan membina minda dan diri anda.

 

Macam post saya sebelum ni selalu cakap,

 

Daripada apa yang kita LISTEN dan SEE, akan menghasilkan VISUALIZATION, FEELING, dan ACTION.

 

Jadi kita kena very carefully untuk pilih apa yang kita dengar dan tengok. Settle 2 source of input ni, settle la output anda.

 

Apa yang anda masukkan ke dalam tubuh (input), itulah yang akan keluar daripada anda (output).

 

Masukkan sampah, keluar sampah.

Masukkan emas, keluar emas.

 

Growth mindset ni maksudnya anda kena feed your mind with good things. Sesuatu yang akan put diri anda to a new level yang extraordinary daripada sekarang.

 

"I do the things most people want. I sacrifice what most people can't. So that I can live the way most people don't." - Hasbul Aqill

 

 

4. Big why

 

Biasanya orang berjaya jadi luar biasa hebat, lebih kaya adalah mereka didriven oleh BIG WHY yang buat mereka akan terus buat tanpa turn back.

 

Cara cari big why antaranya senaraikan 100 jenis sebab kenapa anda perlu jadi lebih kaya, lebih hebat, lebih genius.

 

Masukkan benefits bila anda dah capai segala impian anda.

 

Mungkin anda takkan tersentuh / rasa apa-apa bila buat sampai 20 big why but then along the way sebelum sampai 100 pasti anda akan dapat 1 big why yang matter kepada anda.

 

As well ada je orang ada big why tapi big why dia tak cukup driven untuk buat dia bertindak.

 

Bak kata Tuan Bukhari Ramli, tak perlu big why pun takpe. Kalaulah para ibu perlukan big why untuk mereka feed anak-anak mereka, pasti anak mereka mati.

 

Apa-apa pun jalan je. Kita memang perlu jadi diri yang lebih baik pada setiap hari. Thats the best!

 

 

5. Circle of friends

 

Dalam tempoh transformasi diri ni, 90 hari tu sangat kritikal untuk anda ada circle of friends yang support your dreams, support your visions.

 

Kalau dalam 90 hari tu lebih ramai toxic people, maka lebih sukarlah anda untuk capai perubahan yang anda nak untuk diri.

 

Kita kena exclude ourself daripada berada dalam kalangan toxic people. Macam hari tu saya pergi ada satu program cakap tentang toxic relationships.

 

Long to short, toxic relationships ni adalah bagaimana pasangan anda jadi macam vampire yang buat energi anda jadi habis.

 

Vampire kan hisap darah. Jadi bila ada orang jenis vampire dalam hidup ni, anda hadap dia je anda akan rasa penat - ia buat mental dan fizikal anda terbeban bila bersama dia.

 

Sama juga macam toxic people. Mereka akan drain energy anda, emosi anda.

 

Lagi lama anda dengan mereka, lagi rasa down, negative dll.

 

Berbanding bila ada circle of friends yang positif, anda akan rasa dorang support impian anda. Bagi positive words bila anda down atau perlukan inspirasi.

 

Jenis circle macam ini akan upliftkan diri anda jadi lebih hebat, lebih kaya, lebih extraordinary.

 

 

 

6. Set affirmation diri

 

Affirmation ni macam kata-kata untuk mengubah mind language anda. Nak ubah apa adanya anda yang sekarang (action, feeling), anda kena ubah apa yang anda feed in your mind.

 

Cari minimum 10 affirmasi yang anda akan shout out loudly setiap pagi untuk anda gegarkan minda bawah sedar yang anda tengah nak berubah dan nak dia hadam dalam-dalam kata-kata tu sampai jadi realiti.

 

Contoh affirmasi ni macam

 

I achieve all my dreams easily, effortlessly, and quickly

 

I am happy all the time

 

I am a money magnet and a great money manager

 

Dll.

 

 

7. Tetapkan matlamat - execute dengan 20% habit

 

Perubahan adalah perjalanan menuju ke satu tempat.

 

Jadi sebelum kita nak berubah kita kenalah setup goals kan?

 

Anda kena tulis 101 impian dalam 1 kertas A4. Kemudian pilih 1 impian yang nak dicapai dalam masa 3 bulan daripada sekarang.

 

Pecahkan impian tu kepada beberapa action plan. Tak perlu bermula dengan action yang besar. Yang kecil pun cukup.

 

Fokuskan pada impian yang akan beri 80% impact dalam hidup.

 

Kemudian buat dan bina habit yang akan beri 80% impact dalam hidup antaranya bila kita membaca, otak jadi lebih genius, mengubah cara kita berfikir, cara buat keputusan.

 

Habit bangun awal, dapat siap semua perkara penting di awal pagi. Dapat meditasi, tahajud, train diri untuk jadi lebih laser focus - buat sket, jadi banyak.

 

Habit minum air minimum 8 gelas sehari dapat membina kesihatan yang baik pada tubuh. Buat kita lebih hydrated.

 

Habit 10,000 langkah sehari dapat menjaga kesihatan jantung, segala sendi dan otot plus tulang (contoh).

 

Bila anda lebih banyak fokus pada habit jenis 20% yang matter, ia akan beri 80% impak dalam hidup anda secara tidak langsung jadi choose your habit wisely.

 

 

Ketahui formula how to hack to a new you dan kekalkan tabiat baru. Klik sini --> 90 DAYS TO A NEW YOU

 

#TahunBaru : 7 Cara Jadikan Misi Transformasi Anda Berjaya

21 November 2019
21 November 2019
Kurang 60 hari sebelum menjelang tahun 2020. 30 Hari nanti adalah hari yang kritikal yang akan menentukan adakah anda berjaya jadi diri yang baru bermula 1 Januari 2020 atau tidak.
23 October 2019
Tadi sambil lipat segunung pakaian, sempat tonton 1 video live Coach Zie tentang cara nak dapatkan ketenangan hati. Antara punca hati tak tenang adalah kita tak dapat tidur yang baik,
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya

#TipMagnetRezeki

#TipMagnetRezeki