#TipMagnetRezeki

Berkongsi Tips Dan Kisah Keajaiban Rezeki

edukacja 

HOME

BLOG

PRODUK

Terselamat Dari Dipukau, Pakcik Ni Sarankan Amal 3 Ayat Dari Surah Yunus Untuk Elak Dari Pukau Dan Sihir ...

Baru-baru ni saya ada terbaca satu post dari Fb Tuan Mohamad Feroz Zaini, tentang seorang pak cik yang terselamat dari dipukau atas izin Allah. Saya share di sini ya, moga bermanfaat buat kita semua.

 

 

Jom baca ...

 

 

 

AYAT PEMBATAL SIHIR.

 

"Gila apa!" kata pakcik itu.

 

..

 

RM25 K dikeluarkan dari sebuah bank.

 

 

Dia menapak keluar menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan.

 

 

Sewaktu sedang berdiri di tepi jalan, menunggu saat untuk melintas, tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seorang lelaki.

 

 

Tiba-tiba dia rasa pening sangat, pandangannya seperti kabur.

 

 

"ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH.."

 

itu saja perkataan yang keluar dari mulutnya.

 

 

Dia memang kuat melatah. Dan lelaki yang menepuk bahunya memegang lengannya. Dia menepis.

 

 

"Gila apa! orang kalau tak kenal, tak ada sebab dia nak sentuh kita, paling sopan orang senyum dan sapa atau beri salam kalau orang Islam. Kan?"

 

 

Begitulah kisah seorang pakcik yang hampir kena PUKAU.

 

 

Kami yang mendengarnya ternganga.

 

 

"Beg pakcik?" tanya seorang wanita yang turut berminat dengan kisah pakcik itu.

 

 

"Saya peluk kuat-kuat, dan saya jerit ALLAH!"

 

 

Lintang pukang orang itu melarikan diri tanpa sempat 'memukau' pakcik itu.

 

 

"Ini korang baca ayat ni, tiap kali selepas solat, insyaALLAH, PUKAU akan terhalang, orang nak buat jahat pun tak jadi aniaya kita."

 

 

Ayatnya dari surah Yunus, ayat: 81-83.

 

 

 

 

Rupa-rupanya ...

 

 

Pakcik itu mengeluarkan wang untuk urusan pembelian tanah. Tidak ada siapa yang menemaninya di bank.

 

 

Sejak melangkah masuk ke dalam bank sehinggalah dia keluar dari bank, itulah ayat yang diulang baca.

 

 

Bimbang jika sekiranya terjadi sesuatu yang diluar jangka. Dan bila kejadian itu berlaku, dia berasa amat bersyukur.

 

 

Sedang rancak berbual, datang cucu perempuan pakcik itu merengek meminta wang untuk membeli coklat.

 

 

Dihulurkan wang kepada cucunya dengan sepenuh kasih sayang.

 

 

"Ha, cucu saya yang ini memang kuat 'pukau', saya baca ayat apa pun tak jalan ..."

 

 

Kami ketawa mengekek-ngekek. Pakcik itu menggaru-garu kepalanya.

 

 

Abang Long.

Penjual DADIH yang menulis.

 

 

P/s: Nak baca lagi kisah-kisah menarik dan penuh pengajaran? Boleh follow Tuan Feroz atau lebih mesra disapa Abang Long melalui FB beliau, Mohamad Feroz Zaini

 

 

Juga boleh dapatkan buku-buku tulisan beliau.

 

Ini nombor whatsapp Tuan Feroz :

019 225 4910

 

 

 

* * * * * * * *

31 January 2019
18 September 2019
Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika
14 September 2019
Sungguh saya terkesan baca kisah ini. Kredit kepada Fedtri Yahya. KONSEP REZEKI Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi
30 June 2019
Jemput baca part 1 di sini << .. BAGAIMANA NAK CAPAI APA YANG KITA INGINKAN.  Maaf ya lambat sambungannya. Ramai
27 June 2019
2-3 hari ni saya banyak membaca di wall Afnan Rosli. Banyak sangat ilmu mahal yang beliau kongsikan. ‍‍‍‍‍Yang saya nak
17 June 2019
Bismillah.. Hari ni saya ada baca buku Mustahil Miskin. Dalam satu bab tu ada diceritakan bagaimana kita nak menyikapi ujian